BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 16, 2011

How to look pretty inside?


MAYBE YOU SHOULD EAT MAKEUP SO YOU CAN BE PRETTY ON THE INSIDE.. =)

Wahai Wanita Solehah


wahai wanita solehah,jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan,lirikan senyuman,pada bicara manja yang mengoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.Telah tercatat seungkap nama lelaki di luh mahfuz untukmu.Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh ketinggian peribadimu,jika kau tetap di atas jalan yang diredhai.InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

 
satukan kedua tangan anda.
dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar). permainan dimulai
5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....
1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

pokok semalu




Wanita jadilah seperti Pohon Semalu..
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :
Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua : Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga : Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah
Keempat : Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil..