Dalam hal ini telah banyak diceritakan oleh Hadis Nabi SAW. Antara lain baginda bersabda, “Setiap perempuan yang mati dimana suaminya rela kepadanya, pasti dia masuk syurga.”
Seorang lelaki keluar hendak pergi dan berjanji kepada isterinya agar jangan turun dari rumahnya di bahagian atas ke bawah. Padahal ayah si isteri sedang sakit di bawah. Si isteri menyampaikan utusan kepada Rasulullah SAW mohon izin menziarahiayahnya.
Rasulullah SAW BERKATA, “Taatilah suamimu!” Sehingga ayahnya meninggal. Maka dia menyampaikan utusannya lagi kepada Rasulullah SAW mohon izin turun menziarahi ayahnya. Rasulullah SAW mengatakan, “Taatilah suamimu.” Kemudian ayahnya meninggal dan Nabi menyampaikan utusannya kepada perempuan itu serta mengkhabarkan kepadanya bahawa ayahnya telah mendapat ampunan dari Allah SWT sebab ketaatannya kepada suaminya.
Juga Rasulullah SAW bersabda: “Manakala seorang perempuan telah solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga farajnya dan mentaati suaminya, masuklah dia ke Syurga Tuhan-Nya...”
Rasulullah SAW bersabda:
“Aku melihat isi neraka ternyata kebanyakan penghuninya adalah perempuan.” Kami bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah?” Baginda berkata, “Mereka banyak bersumpah dan meremehkan suami yang miskin.” Dari riwayat lain, “Aku melihat syurga, ternyata sedikit sekali perempuan.” “Aku bertanya dimanakah perempuan?” Baginda berkata, “Mereka sibuk dengan arak, emas dan za’farah(parfum).”
Aisyah ra berkata, “Seorang gadis datang kepada Rasulullah SAW, dia berkata, “Ya Rasulullah, aku seorang gadis yang telah dilamar. Namun aku tidak suka berkahwin.
Maka apakah kewajipan isteri terhadap suami?” Rasulullah SAW bersabda:
“Kalau dari hujung rambutnya sampai hujung kakinya penuh nanah, lalu kamu menyikatnya, itu pun belum cukup kesyukuranmu kepadanya.” Gadis itu berkata, “Aku tidak akan berkhawin!” Rasulullah berkata, “Khawinlah! Itu lebih baik.”
Telah berkata Ibnu Abas ra, bahawa, “Seorang perempuan dari Khats’am datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata, “Aku ini gadis yang telah dewasa aku ingin sekali berkhawin. Maka apa hak suami itu?” Rasulullah SAW bersabda:
“Hak suami yang ada pada isteri adalah jika suami menginginkannya maka dia tidak boleh menolaknya. Janganlah isteri memberikan sesuatu dari dalam rumahnya kecuali dengan izin suami. Jika isteri melakukan demikian, maka dia berdosa dan pahalanya untuk suami. Termasuk haknya pula hendaklah seorang isteri tidak berpuasa kecuali setelah ia mendapat izin dari suaminya. Jika dia lakukan (tanpa izinnya) maka dia hanya lapar dan dahaga sahaja serta puasanya tidak diterima. Dan jika isteri keluar tanpa izin dari suaminya, maka malaikat melaknatinya sampai dia kembali ke rumahnya atau bertaubat.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Kalau boleh aku perintahkan kepada seseorang agar bersujud kepada seseorang, maka aku perintahkan kepada perempuan agar bersujud kepada suaminya kerana betapa besar hak suami kepada isteri.”
Baginda bersabda pula:
“Yang terdekat seorang isteri kepada Tuhannya adalah manakala dia sedang berada di dalam rumahnya. Dan sesungguhnya solatnya di halaman rumahnya, lebih utama daripada di masjid. Sedang solatnya di dalam rumah lebih utama daripada solatnya di halaman rumahnya. Dan solatnya di biliknya lebih utama daripada solatnya di rumahnya.”
Oleh kerana Rasulullah SAW bersabda:
‘Perempuan itu aurat. Ketika dia keluar, syaitanlah yang menyambutnya.”
Juga baginda bersabda:
“Perempuan itu punya sepuloh aurat. Jika dia telah khawin, maka suami menutupi satu aurat. Jika dia telah mati, maka kubur menutupi sepuloh aurat.”
Memang kewajipan isteri terhadap suami amat banyak. Yang terpenting ada dua, iaitu menjaga dan menutupi. Kemudian jangan meminta diluar kemampuan suami sehingga mendorong suami membuat pekerjaan haram. Demikianlah kebiasaan isteri pada zaman dahulu.
Jika suami keluar rumah, isteri atau anak berkata, “Takutlah dari usaha haram. Kami tahan berlapar dan miskin memakan yang haram. Sungguh tidak ada penolong atas neraka.” Bahkan pernah seorang lelaki salaf hendak pergi. Rupanya tetangganya tidak menyukai pemergiannya. Mereka berkata kepada isteri lelaki itu, “Mengapa engkau relakan pemergiannya? Dan tidak meniggalkan nafkah untukmu?”
Si isteri itu berkata, “Sejak aku kenal, suamiku memang banyak makan dan tidak kulihat banyak rezeki. Sedang aku ada Tuhan Pemberi Rezeki. Oleh kerananya pergilah tukang makan dan tinggallah yang diberi rezeki.” Termasuk kewajipan seorang isteri hendaklah dia tidak membazirkan harta suaminya. Bahkan dia mesti menjaganya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak halal isteri memberi makanan dari rumah suaminya melainkan dengan izinnya kecuali makanan yang telah lama dan dikhuatirkan akan basi. Jika dia memberikan makanan dengan mendapat redha suami, maka untuk isteri seperti pahala suami tapi bila dia memberi makan tanpa mendapat izinnya, maka bagi suami mendapatkan pahala dan bagi isteri mendapat dosa.”
Asma’ binti Kharijah al-Fazari berkata kepada anak perempuannya ketika berkahwin,
“Kamu telah keluar dari sangkar di mana kamu tinggal. Kini kamu hendak pergi kepada selimut di mana engkau tidak mengenalinya serta teman dimana kamu belum biasa. Maka hendaklah kamu menjadi tanahnya, tentu dia akan menjadi langitmu. Hendaklah kamu menjadi atapnya, dia akan menjadi tiangmu. Hendaklah kamu menjadi umatnya, maka dia akan menjadi abdmu. Jangan kamu merenungnya sehingga dia melepaskanmu dan jangan pula kamu menjauhinya, sehingga dia melupakanmu. Jika dia mendekatimu, dekatlah kepadanya. Jika dia sedang menjauhimu, jauhilah dia. Jagalah hidungnya, telinganya, dan kedua matanya. Jangan sampai dia mencium darimu melainkan yang baik. Jangan sampai dia mendengar melainkan yang elok. Dan jangan sampai dia melihat melainkan yang indah."