BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 21, 2011

Do You Have The Money?



If you have the money you can buy anything you desire on earth.
But, do you think you have enough money to buy yourself a place in Jannah ?

Where We should Dream To Go..?

From:i-living-islam

~Muslim's Dream~

How Can I Tell Him That I love Him ?


“I express my love to the others through my doa"
"I mention their name in my doa to show how love I am to them”

Andakah Lelaki Itu?

Monday, October 24, 2011

The Side Of The Story


 
Her Side Of The Story :

I broke up with him today . I told him i wasn't happy . He didn't even asked why . I thought he would ask me to stay . But he didn't . He just let me go . And just like that , I lost the guy i waited for so long.


His Side Of The Story :

She broke up with me today . she said she wasn't happy . I was too hurt to ask why . i wanted to stop her from leaving . But if she's not happy with me , there's no way i can make her stay . So i just let her go , and just like that I lost the girl i was deaming for so long..

Can I Buy An Hour Of Your Time?


 
 
A tired man came home late from his whole day hard work.
His 5 year old son was waiting for him at the door.
Son- Dad, May I ask You a Question ?
Dad- ya
Son- Dad, How much do you make an hour?
Dad - that's not your business.
Son- Please tel me.
Dad- 20 $ per hour.
Son- Dad,May I please borrow 10 $ .?
Dad Got Angry 'n shouted on the kid to go to the bed.
The little boy went to the room 'n shut the door.
After sometime man got calm 'n
he went to kid's room 'n said-
Sorry for being so hard. Here's Your 10 $ u asked for.
Kid smiled- ohhh... Thank You So Much daddy !
Then boy took out some coins he had kept under the pillow,
he counted them 'n said-
"Dad, I have 20 $ now.
Can I buy an hour of your time ?
Please come home early Tomorrow.
I would like to have dinner with You."

Sunday, October 23, 2011

Berhijab Biar Mengikut Syarat


Jarak Antara Dua Hati


Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

 Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

Kisah Seorang Pengemis


 

Di suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk ma...kan, datang seorang pengemis yang lusuh serta lapar meminta makanan:

"Tolonglah tuan, sejak semalam saya tidak menjamah apa-apa". Dengan muka yang bengis si suami menghalau dan menengking si pengemis itu.

Si suami berkata dalam hati " Aku membina kekayaan bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku". Si isteri ingin bersedekah tetapi tidak dapat berbuat demikian melihatkan sikap suaminya.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia menceraikan isterinya keranan tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian isterinya yang masih cantik itu berkahwin dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suaminya mengadap makanan, datang seorang pengemis mengetuk sambil meminta belas kasihan. mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menerkup muka sambil menangis dan berkata si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulunya pernah menengking seorang pengemis.

Suaminya yang baru itu menjawab dengan tenang
"Demi Allah, akulah sebenarnya pengemis yang dihalau dan ditengking dulu."
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan lupa pada insan yang tiada apa-apa. moga Allah redha.

Sunday, October 16, 2011

Akhlak Yang Baik Menjadi Kebanggaan Agama


“Tidak mengapalah seandainya kau tidak memiliki wajah yang cantik untuk menjadi rebutan dan sebutan ramai manusia, asal kau punya akhlak baik yang menjadi kebanggaan agama, Allah dan Rasul mu. Itu sudah terlebih baik dan amat cantik.”

— (Siti Khadijah R.A)

How to look pretty inside?


MAYBE YOU SHOULD EAT MAKEUP SO YOU CAN BE PRETTY ON THE INSIDE.. =)

Wahai Wanita Solehah


wahai wanita solehah,jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan,lirikan senyuman,pada bicara manja yang mengoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.Telah tercatat seungkap nama lelaki di luh mahfuz untukmu.Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh ketinggian peribadimu,jika kau tetap di atas jalan yang diredhai.InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

 
satukan kedua tangan anda.
dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar). permainan dimulai
5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....
1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

pokok semalu




Wanita jadilah seperti Pohon Semalu..
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :
Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua : Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga : Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah
Keempat : Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil..

Sunday, September 25, 2011

Sekeping Daging


Andai buruk daging itu,
buruklah seluruh jasadnya,andai baik daging itu maka baiklah seluruh jasadnya..
dan ketahuilah bahawa sekeping daging itu adalah HATI .
Baik hati kita,baiklah seluruh jasad kita.

Bicara Seorang Muslim


 
‎"Ku lihat ramai wanita rupawan, wanita manja, wanita kaya,
wanita baik, wanita mempromosi wajah murahan mereka dan
bermacam-macam wanita di laman sosial mahupun dunia nyata,
namun tidak ku terpikat pada mereka walaupun syaitan telah memperindahkannya dipandangan mata...

...
Ku lihat seorang wanita yang menjaga agama dan mendakap erat iman
dalam hatinya dan ku lihat agama terpancar indah pd amalannya ..
 "Aku jatuh cinta.."

Saturday, September 24, 2011

Wang vs Percuma




Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah :
RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -
PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA

Tuesday, September 13, 2011

Tanda Lalu Lintas Cinta


Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepanjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan. Begitu jugalah percintaan kamu. Oleh itu, patuhi peraturan berikut:
cinta
DILARANG U-TURN
Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati sehaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

JALAN DUA HALA
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. Begitulah berlaku sebaliknya.

SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru.

PEJALAN KAKI
Biarkan si dia belalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti.

JALAN BENGKANG BENGKOK
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudah tidak tepati janji.

JALAN SEMPIT
Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri.

AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirkan sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain.

JARAKKAN KENDERAAN
Biarpun kamu berdua sudah ‘declare’ sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!

p/s : patuhilah keselamatan jalan raya..ingatlah orang yang tersayang

Saturday, September 10, 2011

Let's Make A New Look..!



"Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan . Dan pakaian takwa itulah yang paling baik." (7:26)



Pensil Dan Pemadam


"TULISKAN rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah SWT. Izinkan Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Yang lebih baik untuk kita, mungkin bukan seperti yang manusia sangka. Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita, hambaNya yang beriman."

Let's Change..!





★ Dont say HELLO ♥ Say ASSALAMUALAIKUM
★ Dont say THANKS ♥ Say JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA
★ Dont say TC BYE ♥ Say FII AMAN ALLAH
★ Dont say GREAT ♥ Say MASYAALLAH
★ Dont say OK ♥ Say INSYAALLAH
★ Dont say I AM FINE ♥ Say ALHAMDULILLAH
★ Dont say WOW ♥ Say SUBHANALLAH


*mari kita same2 cuba berubah n menjadikan diri kita yang sering lakukan kesilapan ni berubah sedikit demi sedikit...insyaALLAH...;)

The Best Present Ever...


The best present you could give to your beloved friends is a good advice..

Saturday, August 27, 2011

Short Conversation between Boy and Girl


BOYI love you with all my heart. :)
GIRL : Just your tiny Heart ?
BOY : And my Soul ~ !!
GIRL : Then, what is left for Allah ?

Today > Tomorrow


Whatever you want your children to be Tomorrow,
be that person Today...

i'm "Others" too..



One day before...
I always feel bad that
good things happen only to "others"
but.... one day I realise that
I'm "others" for someone else..

Jannah..


"Knowledge is the Road to Jannah,
Islam is the vehicle that takes you to the destination,
Quran and Sunnah are our maps,
Our scholars are the ones who give directions,
To get to our ultimate final destination-JANNAH"

Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin..


1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Jika Hati Terasa....



Jika hati kita terasa kontang maka hiburlah dengan zikrullah,
Jika fikiran kita kusut maka tenangkanlah dengan untaian tasbih,
Bila dada kita terasa sesak maka lapangkan dengan tilawah,
Jika sedih menimpa maka Ingatlah : untuk apa? “Sedih itu tiada guna… dunia ini untuk bergerak bukan tempat bermuram durja”

Jika Kamu Mencintai Seseorang...


Jika engkau mencintai seseorang
Maka ingatlah kepada Yang Maha Menciptakan kekasihmu,
Ialah Allah SWT

Jika engkau mencintai seseorang,
Maka ingatlah kepada Yang Maha menggenggam hati kekasihmu,
Ialah Allah SWT

Jika engkau mencintai seseorang,
Maka ingatlah Kepada Yang Maha menguasai kekasihmu,
Ialah Allah SWT.

Dan Jika engkau mencintai seseorang ,
Maka ingatlah kepada Yang Maha menanamkan rasa cinta dalam hatimu itu,
Ialah Allah SWT

Kerana jika Engkau mencintai seseorang,
Dan hanya kepada Allah SWT ingatanmu tertuju,
Ertinya engkau telah memahami makna cinta dan menjauhi syahwat

Jangan Bersedih..


 *Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat  sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..
*Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
*Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki... 
*Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis.. 
*Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..
*Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih  dari kehidupanmu..

Perempuan yang dijaga oleh Allah...


Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita" 
"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?" "Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" -Imam Ghazali-

Luckily...


Many people said
" I CANNOT LIVE WITHOUT THE ONE I LOVE THE MOST
so do I, 
  "but........
Luckily Allah is the ONE I love the most
and He always there...

Putus Cinta??


Putus cinta bermaksud -
Allah memutuskan kasih antara kamu dan dia supaya kamu dapat bercinta dengan DIA pula; then, kamu dapat merasakan kasih sayang yang terbaik buat diri kamu..

Sakit kan putus cinta? 
lagi sakit kalau putus cinta dengan Allah..

 

Ever Wonder? The Locks on the Door


I always lock my doors before going outside. I believe all of us do the same to protect our valuable properties from the thieves. I have seen people with more than 3 locks on the door and some also have specialized integrated alarm system against forceful entry! some also have 24 hours live monitoring systems built in the house.

Then one day I was thinking, it is quite sad that we use so many locks in order to safeguard some belongings, but, we have little or no locks at all in ourselves to safeguard our Imaan from shaitan and evils of this world.

This Imaan, which is more precious than any material thing, needs more protection than our belongings..

Monday, August 22, 2011

Jagalah Auratmu...


Wanita,tutuplah auratmu dari pandangan lelaki kerana ianya akan menyebabkan kamu menangung dosa.
Dan lelaki,jagalah penglihatanmu dari pandangan nafsu kerana itu juga adalah perbuatan dosa.
Maka sebab itulah kita perlu saling berhati-hati dalam batas pergaulan...

Sunday, August 21, 2011

Wanita Islam Adalah Ratu


Image Detail


Pada suatu hari, seorang lelaki British datang kepada seorang lelaki muslim dan bertanya, “Kenapa wanita Islam tidak dibenarkan untuk berjabat tangan lelaki?”
Lelaki muslim itu bertanya kembali, “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?”
Lelaki British itu menjawab, “Sudah tentu tidak, hanya orang tertentu sahaja dibenarkan untuk bersalam Queen Elizabeth.”
Lelaki muslim itu tersenyum lalu berkata. “Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak bersalam dengan lelaki asing.”

Si Pengemis Buta



Di satu sudut Pasar Madinah terdapat seorang pengemis buta yahudi yang setiap harinya mengemis di kawasan tersebut. Kerana bencinya beliau kepada Baginda Rasulullah s.a.w., maka setiap kali di dekati orang ramai dia akan berkata “wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia gila, pembohong dan tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya”.
Namun Baginda Rasulullah s.a.w. tidak mempedulikan kata-kata tersebut, malah setiap pagi Baginda Rasulullah s.a.w. akan membawa makanan untuknya. Tanpa berkata sepatah pun, Baginda Rasulullah s.a.w. akan menyuapkan makanan tersebut tanpa di ketahui oleh pengemis buta itu yang menyuapkannya adalah Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri. Baginda Rasulullah s.a.w. melakukan perkara itu pada setiap hari sehinggalah beliau wafat.
Setelah wafatnya Baginda Rasulullah s.a.w. maka tiada lagi orang yang menghantar makanan kepada pengemis buta Yahudi tersebut sehinggalah pada suatu hari Abu Bakar r.a. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. yang merupakan isteri kepada Baginda Rasulullah s.a.w.
Abu Bakar r.a. bertanya kepada anaknya “Anakku, adakah kebiasaan kekasihmu yang belum aku kerjakan?
Aisyah r.a. menjawab “wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tiada satu kebiasaannya pun yang ayah belum lakukan kecuali satu perkara sahaja”.
Abu Bakar r.a. bertanya lagi “apakah perkara itu wahai anakku, beritahulah”
Aisyah menjawab “setiap pagi Baginda Rasulullah s.a.w. akan pergi ke Pasar Madinah membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi yang terdapat di sana”.
Keesokan paginya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk pengemis buta Yahudi tersebut. Abu Bakar r.a. mendekati pengemis itu dan memberikan makanan yang di bawanya. Ketika dia mula menyuapkannya, si pengemis itu marah dan mengherdik “siapakah engkau?” tanya pengemis itu.
Jawab Abu Bakar r.a “Akulah, orang biasa yang selalu membawa makanan untuk kamu”.
“Bukan!, engkau bukan orang biasa yang mendatangi aku”. bantah pengemis buta itu.
“orang biasa yang mendatangi aku apabila dia kemari, tanganku ini tidak perlu memegang dan mulutku ini tidak susah untuk menguyah. Dia akan memicit-micit makanan tersebut sehingga halus sebelum menyuapkan aku” pengemis itu memberikan penjelasan.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air mata apabila mendengar penjelasan tersebut. Beliau menangis kerana sangat terharu dengan sikap mulia Baginda Rasulullah s.a.w. Walaupun Baginda Rasulullah s.a.w. seorang pemimpin umat tetapi beliau sanggup membawa makanan, memicit-micit sehingga halus dan menyuapkan seorang pengemis buta yang kotor dan miskin.
Sambil menahan tangisnya Abu Bakar r.a. berkata “aku memang bukan orang biasa yang mendatangi kamu tetapi aku adalah salah seorang sahabatnya. Orang mulia yang selalu mendatangi kamu itu sudah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.”
Pada saat itu juga pengemis tersebut menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a. dan kemudiannya berkata “benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya tetapi dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Setiap pagi dia akan membawakan aku makanan. Dia begitu mulia sekali…..”
Kerana terharu dengan peribadi Baginda Rasulullah, akhirnya pengemis buta Yahudi tersebut telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Abu Bakar r.a. dan semenjak daripada saat itu dia menjadi seorang muslim.